PENGALAMAN ENDOSKOPI

Endoskopi di Hospital Besar, Kelantan


1 Jan 2019 ;

Assalamualaikum,

Kita mulakan dengan apa itu endoskopi??

Endoskopi - satu wayar yang dimasukkan melalui mulut sehingga ke perut bagi memeriksa keadaan perut kita, supaya doktor boleh mengesan bakteria H.Pylori , ulser , polip. Alat ini juga membantu dengan adanya kamera kecil bagi melihat di dalam saluran makanan dan perut di bahagian atas.


                                                                  Alat endoskopi

Pertamanya, prosedur dia kena daftar dahulu di kaunter pendaftaran. Harga rawatan endoskopi ni RM23 sahaja dan lepas daftar terus naik ke bahagian endoskopi. Rawatan ni boleh balik terus ke rumah sebab dikategorikan rawatan harian. Mula-mula nak buat benda ini aku takut jugak sebab first time.. prosedur ni doktor suruh baring mengiring dan nurse yang bertugas akan bagi ubat bius. Dia sembur di bahagian dalam mulut dan rasa pahit macam tu la. Next, doktor masukkan alat tu perlahan-lahan dan bila doktor cakap telan, telan je jangan melawan. Rasa dia tak de la sakit sangat cuma rasa tidak selesa. Tempoh dia dalam 10-15 minit sekejap sahaja. Awal tu rasa nak muntah sebab jolok dengan alat endoskopi tu tapi relax la jangan takut. Lepas buat endoskopi, perut akan rasa kembung dan tekak tu rasa tak selesa pedih sedikit. Urut-urut sikit perut tu dan jalan-jalan nanti keluar la angin tu huhu.. tekak tu kejap je dalam satu hari dah oke dah. Doktor akan bagi slip ubat , nama ubat tu pantoprazole 40mg untuk dimakan sekali sehari. 2 bulan kot kena makan hehe.. Itu saja pengalaman saya terima kasih.





Comments